Kapal Alami Kebocoran Bahan Kimia, 13 Cedera


LOS ANGELES  - CALIFORNIA. Seramai 12 pekerja kapal dan seorang anggota bomba cedera selepas sebuah kapal kontena yang berlabuh di Pier G di Pelabuhan Long Beach berhampiran Los Angeles mengalami kebocoran bahan kimia.

Kejadian berlaku pada jam 9.27 pagi waktu tempatan (1627 GMT), selepas bekas mengandungi seberat 6,000 gelen galon bahan kimia 'propyl acetate' mengalami kebocoran, menurut Jabatan Pencegahan Kebakaran Long Beach, lapor agensi berita China Xinhua.

Mangsa dikatakan mengalami kecederaan ketika membantu kerja-kerja memadam kebakaran.

Bekas mengandungi bahan kimia berkenaan kemudian berjaya dibawa keluar dari kapal dikenali Harbor Bridge.

Sebagai langkah keselamatan dan melindungi alam sekitar, zon keselamatan kira-kira 138 meter daripada lokasi kapal diwujudkan.

Pelabuhan Long Beach terletak kira-kira 40 kilometer di selatan Los Angeles adalah pelabuhan kontena kedua tersibuk di Amerika Syarikat selepas Pelabuhan Los Angeles. - Bernama