Kapal Pemusnah AS Bertembung Di Selat Melaka


WASHINGTON - Kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) bertembung dengan sebuah kapal dagang di timur Selat Melaka dan Singapura hari ini.

Tentera Laut AS, dalam kenyataan berkata pemusnah peluru berpandu USS John S McCain mengalami kerosakan apabila bertembung dengan kapal Alnic MC ketika melakukan lawatan pelabuhan rutin di Singapura.

Ia kejadian kedua membabitkan kapal tempur Tentera Laut AS di perairan Asia dalam masa dua bulan

"Laporan awal menunjukkan John S McCain mengalami kerosakan di bahagian menghala ke pelabuhan," kata Tentera Laut, menambah misi mencari dan menyelamatkan sedang dijalankan. - Reuters