Kesukaran Belia Dapat Kelulusan Bina Rumah Bina Negara Akan Disiasat - Ismail Sabri


ALOR SETAR - Kementerian Kemajuan Luar Badar dan Wilayah memberi jaminan untuk mengambil perhatian terhadap kesukaran  golo­ngan belia di kawasan Kuala Kedah mendapatkan kelulusan membina Rumah Bina Negara (Rumah BN).

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antaranya disebabkan geran tanah terlibat mempunyai le­bih daripada dua penama.

 “Aduan sebegini baru pertama kali saya terima. Kalau di kawasan luar bandar, memang ada tanah yang mempunyai banyak penama kerana tanah tersebut kurang daripada tiga ekar menyebabkannya tidak boleh dipecah milik seperti termaktub dalam polisi di sesetengah negeri, kata Ismail Sabri.

“Kita  akan periksa kesahihannya. Jika benar, saya akan berbincang dengan Agrobank supaya melonggarkan syarat kerana bagi saya, kalau semua penama dalam tanah itu bersetuju supaya rumah tersebut dibina di situ, itu sepatutnya tidak mendatangkan masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab aduan yang dibangkitkan oleh Ketua UMNO bahagian Kuala Kedah Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin di perasmian mesyuarat perwakilan itu di sini semalam.

Sementara itu Ismail Sabri  juga mengumumkan sebanyak 500 unit lampu jalan telah diluluskan oleh kerajaan serta melululuskan pembinaan 10 buah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan 79 buah rumah untuk dibaik pulih di Parllimen Kuala Kedah. - Kedahnews.com