KL2017: Atlet, Sukan Mana Bakal Rangkul Emas Ke-111 Malaysia?


KUALA LUMPUR - Kontinjen negara kita sudah pun berjaya meraih pingat emas ke-100 temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Pingat itu dimenangi oleh atlet gimrama negara, Amy Kwan Dict Weng dalam acara riben pada saingan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC).

Sebanyak 4 emas ditawarkan di situ dan atlet negara menyapu bersih semua.

Dengan jumlah pingat emas 100 yang dihimpunkan itu, kontinjen Malaysia boleh diumumkan secara tidak rasmi sebagai juara temasya KL2017 selepas pesaing terdekat, Thailand ketinggalan hampir separuh daripada jumlah diperoleh negara.

Kini tumpuan beralih kepada sasaran 111 pingat emas yang di tetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi edisi temasya ke-29 ini?

Siapakah atlet bertuah yang bakal melakar nama sebagai pemenang pingat emas ke-111 itu?

Adakah daripada atlet sukan terjun, pelayaran, skuasy, hoki atau pun berbasikal.

Persoalan itu dijangka mampu terjawab sebelum temasya KL2017 hari ke-10 melabuhkan tirainya malam nanti. KL2017 dijadual berakhir pada Rabu ini.

Semua jenis sukan yang dinyatakan di atas bakal dipertandingkan di peringkat final sepanjang petang hari ini hingga ke malam.

Sumber: BH Online