KL2017: Dua Emas Dalam Genggaman Skuasy


KUALA LUMPUR - Malaysia mengesahkan dua pingat emas skuasy kekal dalam genggaman apabila pemain negara akan bertembung sesama sendiri dalam acara perseorangan, selepas tamatnya saingan separuh akhir semalam.

Aksi di Bukit Jalil itu bakal menyaksikan pilihan pertama, Ng Eain Yow bakal membuat perhitungan dengan Syafiq Kamal dalam acara perseorangan lelaki.

Dalam satu lagi pertembungan, juara bertahan, Rachel Arnold bakal berdepan seorang lagi rakan sepasukan, S. Sivasangari dalam acara perseorangan wanita di Pusat Skuasy Negara.

Eain Yow, juara remaja dunia 2016, dan Syafiq sudah pun merangkul emas dalam acara beregu lelaki dan membantu Malaysia melangkah ke separuh final dalam acara berpasukan.

Dalam saingan separuh final tadi, Eain Yow mengenepian Robert Garcia dari Filipina, 11-5, 13-11, 11-6 manakala Syafiq, pemenang emas acara berpasukan pada 2015, menang ke atas pemain Singapura, Samuel Kang, 12-10, 11-6, 3-11, 11-1.

Sumber: BH Online