SEJAK Temasya Sukan SEA ke-29 (KL2017) bermula, pelbagai kisah 'warna-warni' yang dicoretkan, ini termasuklah kisah seorang atlet negara yang bernama timangan Tana.
Mana tidaknya Tana atau nama sebenarnya Tanalaksiumy yang bakal mewakili negara dalam acara 4×400 meter pada Sukan SEA kali ini merupakan finalis Miss Universe Malaysia 2017.
Selain atlet Tana juga serba boleh dalam bidang seni iaitu suka menyanyi, menari dan berlakon!
Tana bakal beraksi pada 22 Ogos, hari ini bersama -sama rakan sepasukannya. Ayuh kita sama-sama mendoakan kejayaan buat pasukan negara.
KL2017 yang secara rasminya berlangsung pada 19 Ogos hingga 30 Ogos ini dan setakat ini (malam tadi) menyaksikan Malaysia sudah pun memungut 24 pingat emas, 19 perak dan 15 gangsa.
Sumber: Sinar Harian