Maik Belanja RM102.5 Juta Untuk Bantu Asnaf


TUMPAT- Sebanyak RM102.5 juta wang zakat telah diagihkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bagi membantu golongan asnaf di negeri ini.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr. Nik Azlan Nik Abdul Hadi berkata, jumlah tersebut melibatkan perbelanjaan bagi tempoh Januari sehingga Ogos lalu.

“Maik sentiasa komited dalam mengagihkan sumbangan zakat bagi memastikannya sampai kepada golongan sasar selaras dengan tuntutan agama Islam.

“Sebab itulah, kita sentiasa menghebah-hebahkan perkara ini bagi memastikan pembayar zakat mengetahui wang yang telah mereka keluarkan itu sampai ke golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Mohd. Zaki Ishak di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online