Mangsa Banjir Di Melaka Berkurangan


MELAKA - Jumlah mangsa banjir di negeri ini makin berkurangan menjadi 67 berbanding 71 mangsa semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, hanya tinggal tiga pusat pemindahan masih dibuka hingga 9.00 pagi ini.

Katanya, dua pusat pemindahan masih beroperasi di daerah Jasin menempatkan seramai 49 mangsa dari 13 keluarga di Sekolah Tehel dan lapan mangsa dari dua keluarga kini berteduh di pusat pemindahan Balai Raya Seri Mendapat.

"Satu lagi pusat pemidahan di daerah Alor Gajah menempatkan seramai 10 mangsa dari tiga keluarga," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, tiga kawasan yang masih terjejas ialah Kampung Tehel dan Kampung Tersusun Seri Mendapat di Jasin dan Kampung Seri Jeram di Alor Gajah. - Bernama