BACHOK – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dia tercekik biji buah mata kucing di rumah keluarganya di Kuarters Pusat Rawatan dan Pemulihan Kandis, di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 7 malam itu, mangsa, Aina Farihah Mohd. Fadzi sedang makan buah yang dikupas bapanya sebelum dia tiba-tiba sesak nafas dengan wajahnya bertukar kebiruan dipercayai akibat tercekik.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bachok di sini.
Bapa mangsa, Mohd. Fadzil Mohamad, 36, berkata, dia yang panik dengan keadaan anaknya yang menangis dan meminta tolong telah melakukan pelbagai usaha bagi mengeluarkan biji buah tersebut namun tidak berhasil.
Sumber: Kosmo