Maut Kereta Menjunam Ke Dalam Gaung Di Jalan Kota Tinggi- Kulai


KULAI - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum menjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira dua meter di Jalan Kota Tinggi-Kulai sebentar tadi.

Dalam kejadian pukul 10.50 pagi di depan Orchird Golf and Country Club itu, mangsa, Md. Rizamir Othman, 33, yang beralamat di Felda Kahang Barat, Kluang tersepit di tempat duduk pemandu.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kulai dikejarkan ke tempat kejadian pukul 10.58 pagi sebelum berjaya mengeluarkan mangsa dari kereta Honda Jazz itu pukul 11.49 pagi.

Sumber: Utusan Online