MAYAT dua rakan baik yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki karam dekat Empangan Bekok, Yong Peng, kelmarin ditemui hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Mohd Asroy Mohd Yahaya berkata, mayat pertama dipercayai R Kaalicharan Sam, 28, ditemui pada 8.50 pagi.
Manakala, katanya, mangsa terakhir dijumpai pada 10.08 pagi.
"Mangsa lemas pertama dijumpai kira-kira 400 meter dari tempat bot mereka karam, manakala yang kedua dijumpai kira-kira 20 meter dari lokasi bot karam," katanya.
Dalam kejadian itu, seorang lagi lagi rakan mereka, C Dava Rajan, 16, terselamat.
Siasatan awal pihak polis sebelum ini mendapati semua mangsa itu datang ke Empangan Bekok dari Segamat untuk memancing kira-kira 10 malam kelmarin dan pada 1 pagi semalam mangsa mengambil jaring untuk dipasang sebelum balik.
Ketika jaring diangkat ke atas bot, semua mangsa naik semula ke atas bot untuk meneruskan semula perjalanan menaiki bot ke empangan berkenaan.
Dalam perjalanan untuk memasang jaring, bot terlanggar ombak air dan tiba-tiba karam.
Sumber: MyMetro