Mayat Terapung Dalam Sungai Klang


SHAH ALAM – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung di kawasan perangkap sampah di Sungai Klang berdekatan Seksyen 36 di sini kelmarin.

Mayat dalam lingkungan usia 30-an yang lengkap berpakaian itu ditemui pada pukul 5.59 petang oleh orang awam yang berada di situ sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat memberitahu, pihaknya kemudian meminta bantuan bomba untuk membawa naik mayat berkenaan.

Sumber: Metro