SUNGAI PETANI - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah mengharapkan pembinaan Kompleks Litar Sukan Bermotor yang bakal dibina di Amanjaya di sini nanti akan berjaya mengurangkan aktiviti rempit di negeri ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah berkata, aktiviti rempit sebelum ini bukan sahaja membahayakan keselamatan anak-anak muda terbabit, namun turut mengancam nyawa orang ramai di negeri ini.
Oleh itu jelas beliau, pembinaan litar lumba sepanjang 1.8 kilometeri yang merangkumi 9 selekoh mencabar itu nanti merupakan medan paling tepat untuk golongan anak muda di negeri ini mengasah bakat masing-masing dalam bidang sukan permotoran.
"Kita harap begitulah. Litar ini diminta oleh anak-anak muda Kedah sebelum ini supaya tidak lagi ada tempat-tempat yang menjadi kawasan lumba haram di negeri kita. Kadang-kadang sampai pukul 2 -3 pagi masih merempit
"Tapi keutamaan kita adalah dari sudut keselamatan. Banya kemalangan yang berlaku bukan saja kepada anak muda, malah pada orang ramai pun," katanya kepada Kedahnews.com dalam sidang media sejurus mengadakan lawatan kerja ke tapak projek berkenaan, di sini pagi tadi.
Justeru itu katanya, dengan pembinaan litar lumba itu nanti, ia akan menjadi lokasi tumpuan bagi anak-anak muda yang meminati aktiviti sukan bermotor di negeri ini untuk mempamerkan bakat dan potensi masing-masing dengan cara yang lebih baik.
"Ya, pembinaan litar lumba ini bertujuan untuk kegunaan rakyat, khususnya anak-anak muda di negeri ini.
"Memang itulah hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib (Tun Razak), menghadiahkan litar lumba ini. Ia adalah untuk kegunaan belia dan anak muda Kedah di sini.
"Maka sebab itu kita tidak bina litar lumba yang hebat-hebat, kerana kita tahu dari sudut kemampuan anak-anak muda kita di sini," kata Ahmd Bashah yang mahu litar berkenaan tidak mengenakan caj mahal terhadap pengguna seperti litar berprestij seperti di Sepang.
Namun begitu katanya, Kerajaan Negeri juga memberi galakan kepada anak-anak muda yang berminat untuk mengasah bakat masing-masing hingga melahirkan potensi-potensi baru dalam bidang sukan bermotor ini.
Kompleks Litar Sukan Bermotor yang bernilai sebanyak RM30 juta dengan pembiayaan penuh Kerajaan Pusat itu bakal dibina di atas sebidang tanah berkeluasan 150 ekar yang melibatkan pembinaan trek sepanjang 1.8 kilometer.
Mempunyai sembilan selekoh yang bakal mencabar kemahiran anak muda di negeri ini, kompleks itu juga mampu menempatkan seramai 2,000 penonton di tempat duduk utama, medan berbumbung, di tepi dan teres bukit.
Selain itu, kompleks berkenaan juga merangkumi prasarana kemudahan lain seperti tandas, surau, tempat meletak kenderaan, kafeteria dan mempunyai sifat mesra golongan orang kelainan upaya (OKU).
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam respon terhadap permintaan anak muda Kedah pada PRU ke-13 yang lalu bersetuju untuk menghadiahkan sebuah litar lumba bagi kegunaan mereka, sekaligus mengelak aktiviti rempit di negeri ini.
Walau bagaimanapun, Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberikan pelbagai alasan yang menghalang projek berkenaan untuk dimulakan termasuk dakwaan seperti kononnya Kerajaan Pusat tidak memberikan kerjasama sewajarnya.
Difahamkan bahawa kerajaan yang diketuai Mukhriz ketika itu merancang untuk membina litar lumba bertaraf antarabangsa yang menelan belanja lebih RM70 juta yang bersifat mewah, namun rancangan tersebut mendapat bantahan ramai pihak.
Desas-desus juga mengatakan projek berkenaan telah diberikan kepada sebuah syarikat berkepentingan yang berkaitan dengan seorang pemimpin politik popular di negeri ini.
Sumber menjelaskan bahawa bantahan tersebut dibuat atas alasan kebimbangan Kerajaan Negeri akan gagal menyelenggara litar lumba mewah yang berprestij seperti Litar Antarabangsa Sepang itu, dan peruntukan tersebut adalah lebih baik dijimatkan untuk kegunaan yang lebih bermanfaat untuk rakyat.
Ekoran itu, pembinaan litar tersebut tertangguh kira-kira 3 tahun sebelum ini, namun berjaya direalisasikan Ahmad Bashah walaupun hanya baru mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada 4 Februari tahun lalu. - Kedahnews.com