Melebur Mitos Kononnya Malaysia Negara Sekular!


Tidak perlu untuk menjadi seorang saintis politik untuk mengetahui isu yang kerap dijadikan polemik tentang Perlembagaan Persekutuan yang didakwa bersifat sekular, dan disebabkan itu, status sekular Malaysia  yang sepatutnya sebagai sebuah Negara, telah dirosakkan oleh prejudis politik.

Acapkali diperkatakan isu ini sehingga hanya sepintas lalu sahaja dapat mendedahkan golongan yang mempolemikkannya.

PAS yang mengatakan bahawa mereka pembela Islam dan golongan yang mempunyai agenda politik sealiran menegaskan bahawa Malaysia merupakan Negara sekular hanya semata-mata untuk menyindir kerajaan yang dilihat tidak Islamik; atau apabila DAP dan yang sealiran bersetuju dengan tuduhan PAS atas sebab mereka walaupun mengkritik sebarang usaha pelaksanaan Islam di Malaysia, kerana siapa yang boleh melupakan kata-kata bekas pengerusi mereka yang pernah menggemparkan Negara dahulu, “langkah mayat saya dulu jika ingin menegakkan Negara Islam’’?; atau apabila UMNO dan mereka yang  sealiran mengekalkan pendapat bahawa Malaysia sememangnya contoh Negara Islam yang moden, hanya untuk memperlihatkan kepada majoriti Melayu Muslim betapa Islamiknya mereka.

Semua ini menunjukkan kesukaran untuk berpandangan objektif dalam isu ini. Mungkin pandangan yang paling dekat untuk seseorang adalah dengan merujuk kembali peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan grundnorm menyatakan bagaimana Negara patut berfungsi. Akan tetapi, ini juga tidak dapat memberi jaminan kesaksamaan, kerana agenda peribadi masih dapat menyusup masuk dalam perkara yang melibatkan interpretasi.

Contohnya apabila seseorang tetap mengatakan bahawa Malaysia tidak akan dapat menjadi Islamik kerana Perlembagaan telah dirangka mengikut garis panduan Negara sekular,  walaupun fakta dengan jelas dan tanpa ragu lagi mengatakan yang sebaliknya; (i) tiada perkataan ‘sekular’ dijumpai dalam dokumen, dan (ii) Artikel 3 secara jelas telah mengumumkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan.

Ya- agama kepada Persekutuan- berlawanan dengan mitos bahawa Islam hanyalah sekadar agama “rasmi’’ Persekutuan. Ini membawa perbezaan yang besar di sini, antara yang terdahulu dan yang terkemudian.

Perbandingan dengan menggunakan Perlembagaan Negara lain yang mempunyai sejarah Perlembagaan yang sama dengan Negara kita akan lebih menjelaskan perkara ini.

Atas tujuan inilah, saya mencadangkan perbandingan dengan Perlembagaan India, kerana Mahkamah Persekutuan kita telah mengakui dalam keputusan landmark dalam kes Universiti Merdeka lwn Kerajaan Malaysia, bahawasanya memandangkan “perlembagaan kita dibentuk berdasarkan Perlembagaan India,” apabila terdapat perpisahan perkataan antara Perlembagaan kita dengan Perlembagaan India, amat munasabah untuk membuat kesimpulan ada alasan yang kukuh untuk itu.

Sebagai permulaan, tiada peruntukan menyatakan tentang agama Negara dalam Perlembagaan India, manakala ia ada dalam Perlembagaan kita.

 Mukadimah Perlembagaan India juga, mengikut pindaan, memberi deklarasi yang jelas dan nyata bahawa India merupakan “sebuah republik demokratik yang berdaulat, sosialis dan sekular,” manakala tiada deklarasi sebegitu dalam Perlembagaan kita.

Amatlah munasabah untuk kita menyimpulkan bahawa penggubal Perlembagaan kita tidak melakukan kesilapan apabila meninggalkan perkataan yang terdapat dalam Perlembagaan India itu, tetapi mereka sendiri yang memilih untuk melakukan sebegitu.

Seringkali ada yang memetik autoriti- atau sebenarnya disalah petik- menyokong dakwaan bahawa Perlembagaan Persekutuan mempunyai niat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara sekular, menggunakan perbicaraan landmark Mahkamah Agung kita dalam kes Che Omar bin Che Soh lwn Pendakwaraya.

Tetapi pembacaan yang betul dan pemerhatian (scrutiny) yang dekat dalam kes itu mendedahkan bahawa mahkamah tidaklah menyentuh persoalan samada Malaysia adalah Negara Islamik ataupun sekular.

Dalam hal ini, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad telah membuat penjelasan yang bermakna tentang penghakiman di Mahkamah Agung itu dalam kertas kajian bertajuk Islam dan Tafsiran Keperlembagaan oleh Mahkamah di Malaysia, di mana beliau membuat penyataan seperti berikut:

“Persoalan dalam kes itu ialah sama ada hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah dan bagi kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 bercanggah dengan ajaran Islam dan, oleh itu tak keperlembagaan dan tak sah  (unconstitutional and void) … Adakah mahkamah mengatakan bahawa Malaysia sebuah ‘negara sekular’ atau ‘negara Islam’? Jawabnya tidak dan bukan itu persoalan yang perlu diputuskan oleh mahkamah.”

Diperakui bahawa dalam kes itu Mahkamah Agung sememangnya merujuk undang-undang Negara sebagai sekular. Bahkan perkataan ‘sekular’ muncul lima kali dalam perbicaraan bertulis. Akan tetapi ia mestilah dibaca dalam konteks yang betul, agar tidak disalaherti membawa maksud yang lain dari maksud sebenar Mahkamah. Dalam perkara ini, Tun Abdul Hamid Mohamad dalam penjelasan yang sama telah membuat kenyataan ini:

"Malangnya, penghakiman itu menggunakan perkataan “secular”, itu pun bukan untuk menggambarkan negara, tetapi institusi-institusi dan undang-undang. Itu pun penggunaannya tidak tepat dan perkataan itu tidak perlu digunakan.

"Disebabkan oleh kepentingan politik dan kumpulan, ia kerap dipetik di luar konteks bagi mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular, sedangkan Perlembagaan Persekutuan sendiri tidak sekali pun memakai perkataan “secular”.

"Perhatian tidak diberi kepada perisytiharan bahawa “Islam adalah agama bagi Persekutuan” sedangkan agama-agama lain sekali pun tidak disebut. Perhatian tidak diberi bahawa adanya peruntukan-peruntukan mengenai Ketua Agama Islam yang tidak ada bagi agama-agama lain.

"Perhatian tidak diberi bahawa terdapat peruntukan yang melarang pengembangan agama-agama lain di kalangan orang-orang Islam; bahawa terdapat peruntukan mengenai pemberian bidangkuasa kepada Badan Perundangan Negeri mengenai undang-undang Islam termasuk penubuhan mahkamah Syariah, pengwujudan kesalah-kesalahan mengenai “precept of Islam”, penubuhan dan pengurusan institusi-institusi Islam seperti Baitul Mal dan wakaf, yang semuanya tidak diperuntukkan bagi agama-agama lain.

"Adakah ini semua peruntukan sekular?"

Kes Che Omar bin Che Soh adalah kes yang berlaku pada tahun 1988, hampir tiga dekad yang lalu. Banyak lagi kes terbaru yang merujuk posisi Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi kerap kali dilupakan oleh mereka yang menyokong kedudukan Malaysia sebagai sekular.

Salah satunya adalah keputusan landmark Mahkamah Tinggi dalam kes Meor Atiqulrahman lwn Fatimah Sihi dan yang lain, di mana dalam merujuk maksud dan aplikasi Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah telah membuat kenyataan yang sangat kuat, di mana perenggannya, disebabkan kelembutan dan kecantikan dari segi penulisan yang berkualiti prosa poetic, perlu dihasilkan dalam Bahasa Melayu yang asal kerana takut akan memberi ketidakadilan kepada bahasa Peguam-peguam itu yang menakjubkan apabila diterjemah ke dalam bahasa Inggeris:

"Islam ialah ugama bagi persekutuan tapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai. Islam adalah ugama utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara seperti Kristitan, Buddha, Hindu. Islam bukan setaraf dengan ugama lain. Bukan duduk berganding bahu dengan agama lain atau berdiri sama sama tegak.

"Ia duduk di atas, berjalan dahulu, terletak di tempat medan, dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati. Tinggi, teguh, dan terang. Jika bukan sedemikian, Islam bukanlah ugama bagi persekutuan, tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di wilayah ini, dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana ugama yang dianuti. Tiada lebih di antara satu sama lain."

Semasa rayuan, tidak dapat dinafikan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Tetapi jangan tersilap- perenggan keputusan yang dipetik di atas tidak pernah ditarik kembali atau dipadamkan.

Isu penentu yang diambilkira dalam rayuan ini hanya tertakluk kepada persoalan samada pemakaian turban itu satu sunnah atau tidak. Tidak mungkin Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengatakan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan kedudukan Islam itu salah, oleh itu telah dipersetujui bahawa perenggan yang dipetik kekal seperti asal.

Selanjutnya, perbincangan mengenai agama Persekutuan tidak akan lengkap tanpa merujuk kepada laporan yang disediakan oleh Suruhanjaya Reid, suruhanjaya konstitusi kemerdekaan yang dilantik untuk mendraf perlembagaan untuk Malaya yang bakal mencapai kemerdekaan.

Dalam hal ini, Tommy Thomas dalam kertas akademiknya yang panjang lebar bertajuk Is Malaysia an Islamic State, telah menjadikan Laporan Suruhanjaya Reid sebagai rujukan utama dan bergantung kepada pelbagai perenggan di dalamnya untuk bersetuju dengan dakwaan yang mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan bersifat sekular –  satu-satunya perkataan yang sengaja tidak diletakkan dalam Perlembagaan kita.

Kertas akademik itu telah dibentangkan dalam Persidangan Undang-Undang Malaysia ke-13 pada tahun 2005, dan sejak itu telah menjadi rujukan utama bagi mereka yang menyokong konsep Malaysia sebagai Negara sekular, samada diakui atau sebaliknya oleh mereka yang merujuk.

The learned author itu dengan yakinnya mengatakan bahawa tiada siapa pun yang tidak bersetuju dengannya, di dalam laporan pada tahun 2012 hingga ke saat ini. Bahkan ia terlalu kerap ditiru (parroted), dan kemungkinan karangan terbaru oleh Islamic Renaissance Front (IRF) bertajuk Perlembagaan Menggariskan Panduan untuk Negara Sekular (The Constitution Laid Down the Guidelines For a Secular State ) yang diterbitkan dalam Malaysian Insider merupakan salah satu daripada lambakan yang ada sebelum ini.

Walau bagaimanapaun, terdapat satu masalah yang jelas terlihat dalam karangan akademik Thomas berkenaan dengan Laporan Suruhanjaya Reid yang dipetik oleh Thomas. Hal ini ditimbulkan oleh Helen Ang dalam artikelnya bertajuk Secular or Non-Secular: How Art Harun Got it Wrong on the Reid Commission, selepas mengkaji laporan yang asal, bukan yang dipetik (atau disalah petik) oleh Thomas.

Artikel Helen Ang ini sebenarnya merupakan respon kepada penulisan Art Harun, yang saya syak kemungkinan merupakan salah seorang yang terpedaya dengan Suruhanjaya Reid yang disalah petik Thomas.

Dalam cubaannya untuk menunjukkan Suruhanjaya Reid sebagai salah satu golongan yang “sangat ingin mendeklarasi Malaya sebagai Negara sekular,” Thomas memetik perenggan ke-169 dalam laporan tersebut seperti berikut:

“Kami telah mempertimbangkan persoalan samada perlu ada apa-apa kenyataan dalam Perlembagaan yang membawa maksud Islam patut menjadi agama Negara. Terdapat persetujuan universal bahawa andai peruntukan ini dimasukkan ia mestilah menjelaskan bahawa ia tidak akan menjejaskan hak sivil bukan Muslim – ‘agama bagi Malaya itu hendaklah Islam.

Pemeliharaan prinsip ini mestilah tidak menyekat bukan Muslim daripada menganut dan mempraktiskan agama mereka sendiri dan tidak membawa maksud bahawa Negara bukanlah Negara sekular.

Tetapi ini tidak benar sama sekali. Suruhanjaya Reid tidak pernah bermaksud dan mengatakan sebegitu. Sebelum melangkah lebih jauh lagi, amat penting untuk memahami sifat Laporan Suruhanjaya Reid untuk menghargai kesilapan besar yang datang dari perenggan yang dipetik (atau sebenarnya disalah petik).

Suruhanjaya yang terdiri daripada Lord Reid sebagai pengerusi, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, Mr. B. Malik dan Tuan Hakim Abdul Hamid telah dilantik untuk mendraf perlembagaan bagi Malaya yang bakal merdeka.

Dengan berbuat demikian, ia mengambil kira conflicting interests yang seiring dengan kepelbagaian masyarakat Malaya sebelum menghasilkan produk terakhir berdasarkan prinsip memberi dan menerima, di mana kemudiannya dikenali sebagai kontrak sosial antara kaum. 

Atas sebab ini, Suruhanjaya tersebut menerima memorandum, kepentingan, dan cadangan daripada pelbagai pihak berkepentingan, yang semuanya diambilkira dan kemudiannya direkodkan dan ditunjukkan dalam Laporan Suruhanjaya tersebut.

Penting untuk diberi perhatian, ketika pihak Suruhanjaya ada memberikan cadangan sewaktu perlu, terdapat pelbagai bahagian di mana pihak Suruhanjaya hanya membuat laporan neutral berdasarkan apa yang dikomunikasikan kepada mereka dan memetik perkataan verbatim daripada pelbagai pihak berkepentingan menurut cadangan daripada Pakatan. Ia bukanlah perkataan Suruhanjaya Reid itu sendiri.

Perenggan ke-169 dalam Laporan Suruhnajaya Reid adalah seperti berikut (bahagian yang tertinggal dalam karangan Thomas ditekankan):

"Kami telah mempertimbangkan persoalan samada perlu ada apa-apa kenyataan dalam Perlembagaan yang membawa maksud Islam patut menjadi agama Negara. Terdapat persetujuan universal bahawa andai peruntukan ini dimasukkan ia mestilah menjelaskan bahawa ia tidak akan menjejaskan hak sivil bukan Muslim.

"Dalam memorandum yang diserahkan oleh Pakatan tercatat – ‘agama bagi Malaya itu hendaklah Islam. Pemeliharaan prinsip ini mestilah tidak menyekat bukan Muslim daripada menganut dan mempraktiskan agama mereka sendiri dan tidak membawa maksud bahawa Negara bukanlah Negara sekular."

Benar, ia hanya separuh ayat sahaja, tetapi apabila Helen Ang menimbulkan hal ini, ia membawa perbezaan yang ketara “kerana apabila anda membaca perenggan tersebut tanpa setengah ayat yang penting ini, anda akan mendapat pandangan (salah!) bahawa Suruhanjaya Reid sememangnya bertanggungjawab mengatakan bahawa Islam sebagai agama Negara tidak membawa maksud bahawa Negara bukanlah Negara sekular,” apabila sebenarnya ia hanyalah “posisi yang diambil oleh Memorandum Pakatan dan dihantar kepada Suruhanjaya Reid, dan bukanlah yang diambil sendiri oleh Suruhanjaya Reid.

Oleh itu adalah salah sama sekali untuk mengatakan bahawa penggubal Perlembagaan kita berniat untuk menjadikan dokumen tersebut dan Negara kita sebagai sekular.

Benar, isu ini telah dibawa ke perhatian Suruhanjaya dan dipertimbangkan, tetapi samada Suruhanjaya Reid mempunyai niat atau tidak untuk membuat sebegitu amat diragukan, kerana andainya benar Suruhanjaya mahukan sebegitu, pastilah ada peruntukan yang jelas membicarakan sifat sekular Negara.

Selain daripada fakta Suruhanjaya Reid sebagai penggubal Perlembagaan kita tidak pernah menyatakan hasrat menjadikan Negara kita sekular, penting juga untuk memberi perhatian bahawa andainya perkataan ‘sekular’ wujud dalam dokumen yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak merujuk kepada dakwaan sifat sekular Perlembagaan kita – seperti Kertas Putih yang dikeluarkan oleh kerajaan British sebagai contoh, atau memorandum yang dihantar oleh Pakatan – ia sentiasa diiringi dengan deklarasi kebebasan beragama bagi bukan Muslim.

Dengan itu, dipersetujui bahawa perkataan ‘sekular’ hanya perlu difahami dari segi definisi kontekstual bukan dari segi literal yangmembawa makna, walaupun Islam sebagai agama Persekutuan telah dideklarasi, namun penganut agama lain bebas untuk mempraktiskan agama masing-masing.

Contoh penggunaan perkataan ‘sekular’ dari definisi kontekstual dapat dilihat dalam Kertas Putih yang dikeluarkan oleh kerajaan British pada tahun 1957, dalam perenggan ke-57 seperti yang tercatat:

“Telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan satu deklarasi bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Ini sama sekali tidak akan menjejaskan kedudukan Persekutuan sekarang sebagai Negara sekular, dan setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mempraktiskan agama masing-masing….”

Apabila dibaca dalam konteks tersebut, tidak boleh dikatakan bahawa perkataan ‘sekular’ membawa maksud sebagai dinding penghalang yang memisahkan agama daripada Negara; ataupun melarang agama daripada mempunyai tempat dalam kehidupan masyarakat, ataupun Negara bersikap neutral terhadap mana-mana agama sepertimana yang dimaksudkan dengan perkataan ‘sekular’ secara literal – bagaimana mungkin, apabila Islam secara jelasnya dijadikan asas sebagai agama Persekutuan dan tiada agama lain yang dinyatakan dalam Perlembagaan.

Bahkan, perkataan ‘sekular’ dari definisi kontekstual patut disempitkan untuk menunjukkan bahawa kedudukan Islam tidak akan menjejaskan kebebasan beragama bukan Muslim. Hanya sekadar untuk itu sahaja penggunaan perkataan ‘sekular’.

Waktu ini amat bertepatan untuk memetik kata-kata Professor Abdul Aziz Bari dalam kajiannya yang bertajuk Malaysian Constitution: A Critical Introduction:

"Walaupun ada sebahagian yang merasakan bahawa Perlembagaan bersifat sekular, ini hanyalah sekadar satu interpretasi. Bahkan telah ada perdebatan yang mengatakan sebaliknya; i.e bahawa Perlembagaan Malaysia tidak bersifat sekular. Pandangan yang terkemudian dilihat lebih praktikal, Negara yang membenarkan agama dalam kehidupan masyarakat tidak bermaksud Negara itu mementingkan agama atau Islamik. Bagaimanapun, perlembagaan, atau dokumen iringan tidak pernah menyatakan, secara kategorikal tentang dakwaan Perlembagaan bersifat sekular."

Berdasarkan semua yang telah diperkatakan sehingga kini, walaupun seseorang dapat membuat kesimpulan secara jelas bahawa Malaysia bukanlah Negara sekular dan Perlembagaan kita bukanlah dokumen sekular, dari segi integriti intelektualnya,  seseorang  tidak boleh mengatakan bahawa Negara kita sebagai Negara Islamik.

Konsep Negara Islam itu sendiri amat abstrak, penggunaan kata yang tidak didapati dalam Al-Qura’an mahupun tradisi Nabi S.A.W.  Dalam hal ini, amatlah sesuai untuk membuat kesimpulan dengan perenggan dari hasil kerja Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang pemikir dan sarjana terulung masa kini yang membuatkan Malaysia beruntung dengan kehadirannya:

"Terdapat kekeliruan dalam minda Muslim," begitulah yang ditulis oleh professor dalam pengenalan kepada Prolegomena to the Metaphysics of Islam, “dalam salah faham Negara ‘sekular’ Muslim dengan membandingkannya dengan Negara  ‘teokrasi’.

"Tetapi oleh sebab Islam tidak pernah terlibat dengan dikotomi antara yang suci dan yang tidak (profane), bagaimana dapat ia membezakan Negara teokrasi dengan Negara sekular?

"Negara Islam adalah samada teokarasi secara menyeluruh ataupun sekular secara menyeluruh.

"Negara Muslim yang memanggil sendiri atau yang dipanggil ‘sekular’ tidak semestinya perlu membuang maksud sifat spiritual, tidak semestinya perlu menyangkal nilai dan kebaikan keagamaan dalam politik dan urusan manusia, tidak semestinya perlu membantah kebenaran agama dan pelajaran agama di mana secara falsafah dan proses saintifiknya saya panggil ‘sekularisasi’, yang semestinya melibatkan pembuangan maksud spiritual daripada kehidupan; menyangkal nilai dan kebaikan keagamaan daripada politik dan urusan manusia; dan relativiti semua nilai dan kebenaran  dalam minda dan perbuatan manusia. Kekeliruan dalam minda Muslim inilah yang menyebabkan munculnya pergolakan dan perpecahan dalam sosial dan politik kita."

Sumber: Aidil Khalid merupakan seorang peguam di Kota Damansara, Selangor/menara.my