Najib Tiba Untuk Rangka Kerja Sehari Di P. Pinang


BUTTERWORTH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Hotel Light di sini kira-kira pukul 10.40 pagi tadi bagi menghadiri mesyuarat tertutup bersama barisan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) negeri.

Terdahulu, beliau tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth kira-kira pukul 10.10 pagi dengan disambut Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Dalam lawatan kerja sehari beliau di negeri ini hari ini, Najib akan menghadiri beberapa program termasuk Majlis Kenduri Rakyat Parlimen Permatang Pauh di Padang Politeknik Seberang Perai di sini.

Beliau juga akan melancarkan Rangka Kerja Pembangunan NCER di Spice Convention Centre, Bukit Jambul pukul 3 petang dan melawat Projek Perumahan Kos Sederhana Casa Anggun di Sungai Nibong dekat sini pukul 3.30 petang sebelum pulang ke ibu negara kira-kira pukul 5.30 petang.

Sumber: Utusan Online