Nelayan Upahan Ditahan


MIRI - Seramai 22 nelayan warga Vietnam yang dipercayai diupah syarikat tempatan ditahan kerana menangkap ikan secara haram di perairan 97.6 batu nautika dari pantai Tanjung Lobang, awal pagi kelmarin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritiam Malaysia (APMM) Miri, Fauzi Othman, berkata, nelayan yang ditahan berusia antara 21 hingga 39 tahun bersama dua bot yang digunakan dalam operasi itu, selain muatan ikan bernilai RM50,000.

"Ini bukan kali pertama bot milik syarikat tempatan yang digunakan nelayan asing itu ditahan kerana menangkap ikan secara haram di perairan Sarawak," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua bot itu digunakan untuk operasi menangkap ikan secara tunda ganding tanpa juragan sah, selain hanya memiliki Sijil Kapal Boleh Tamat yang luput tarikh.

Katanya, kedua-dua kapal itu melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan saudagar 1952/1960.

Sumber: BH Online