Nota 'Sindir' Redza Minhat, Netizen Nasihat Syamsul Yusof Selesai Secara Peribadi


TINDAKAN pemenang Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-57, Syamsul Yusof memuat naik satu nota di akaun Twitternya mengundang reaksi negatif dari netizen.

Dalam nota tersebut, Syamsul mendakwa difitnah pelakon Redza Minhat kerana beberapa kejayaannya sebelum ini.


Antara lain, netizen menyifatkan tindakan Syamsul sebagai kebudak-budakan dan lebih baik diselesaikan secara peribadi antara mereka.

Pergeseran bermula apabila Syamsul mengucapkan terima kasih kepada dua lelaki kerana kejayaannya di Phnom Penh baru-baru ini, salah seorang lelaki itu adalah Redza.

Namun, ada dakwaan mengatakan bahawa ucapan itu satu sindiran kepada orang yang pernah mengkritik filemnya sebelum ini.

Tidak habis di situ, nota terbaru Syamsul bagai menjawab mengapa terima kasih itu diucapkan kepada Redza.


Namun penulis lakon layar Terbaik Dari Langit itu merasakan dakwaan Syamsul itu satu perkara yang berat.

Malah pelakon seperti Sharifah Amani dan Daphne Iking turut menasihatkan agar Redza tidak melayan dakwaan Syamsul itu.

Sumber: Astro Awani