Marudi - Seorang lelaki terperangkap di bawah Jeti Marudi di sini, selama 45 minit sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat, jam 4.40 petang kelmarin.
Wan Shahrul Wan Abu Bakar, 24, melakukan kerja pemasangan paip di bawah jeti berkenaan sebelum terperangkap selepas gagal mencari jalan keluar berikutan keadaan di bawah jeti yang gelap.
Pada masa sama, paras air sungai meningkat dan hampir menutup saluran lubang jeti berkenaan.
Mangsa menjerit meminta tolong dan disedari sepupunya yang berada di atas jeti.
Sepupu mangsa bergegas ke Balai Bomba dan Penyelamat Marudi bagi mendapatkan bantuan, jam 5.30 petang.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Zulbada Alior berkata, pihaknya membantu mengeluarkan mangsa menggunakan tali penyelamat.
“Mangsa dibawa ke Hospital Marudi untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.
Sumber: Metro