Orang Ramai Tolak Kereta Api, Bantu Lelaki Tersepit


BEIJING - CHINA. Ratusan penumpang kereta api bawah tanah menolak sebuah kereta api bagi membantu seorang lelaki yang tersepit antara platform dan gerabak, lapor media tempatan.

Insiden dilaporkan berlaku pada jam 7.50 petang di stesen Dongzhimen.

Menurut laporan, lelaki yang tidak dikenali berusia 40 tahun memanjat halangan keselamatan dan landasan ketika kereta api berkenaan tiba, lapor Beijing Evening News.

Pemandu berjaya menghentikan kereta api berkenaan namun lelaki itu tersepit diantara gerabak dan penghadang.

"Orang ramai yang berada berdekatannya cuba menariknya namun gagal," kata saksi

Polis dan kakitangan stesen berkenaan bergegas ke tempat kejadian bagi membantu mangsa namun turut gagal

Orang ramai yang menyedari insiden itu, berkumpul dan membantu dengan menolak gerabak berkenaan dan lelaki itu berjaya ditarik keluar.

Lelaki itu cedera dan dibawa ke hospital.

Sumber: Sinar Harian