ALOR SETAR - Pakatan Harapan masih belum berani menamakan calon untuk diangkat sebagai Menteri Besar jika parti gabungan pembangkang yang diketuai DAP itu mampu menawan Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Selain tidak berani meramalkan calon menteri besar, Pakatan Harapan juga masih belum melantik pengerusi atau pemimpin bagi mengepalai gabungan itu di Kedah.
Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu atau Mat Sabu memberitahu baru-baru ini bahawa calon menteri besar bagi negeri dimenangi Pakatan Harapan bukan ditentukan oleh parti yang mengetuai negeri terbabit.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan berkata pemilihan calon menteri besar bergantung kepada keputusan PRU14 kelak.
Semasa berucap merasmikan Konvensyen PAN di Alor Setar 28 Ogos lalu Mat Sabu yakin Kedah dan Johor akan diambil alih oleh Pakatan Harapan pada PRU kelak.
Pengerusi bagi mengetuai Pakatan Harapan di setiap negeri adalah untuk menstrukturkan organisasi supaya gerak kerja lebih tersusun.
Walaupun pengerusi yang ketuai Pakatan Harapan di Pulau Pinang, Selangor dan Johor dilaporkan akan diumum Isnin lalu, pengerusi bagi Kedah masih belum diputuskan lagi.
Majlis Presiden Pakatan Haparan Isnin lalu yang membuat ketetapan tidakan bekerjasama dengan PAS akan menyukarkan gabungan pembangkang itu merampas Kedah mahupun Johor.
Sekalipun ada kajian yang menyatakan Kedah dan Johor akan tumbang, tetapi para penyelidik PAS membuat kseimpulan bahawa tanpa PAS, parti gabungan DAP, PKR, PAN dan PPBM akan tewas pada PRU kelak.
Sebelum ini Penasihat DAP Lim Kit Siang juga yakin Pakatan Harapan boleh membentuk kerajaan negeri Kedah jika DAP dibenarkan untuk bertanding di dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kata pemimpin kanan Lim Kit Siang.
Kerusi yang disasarkan DAP itu dimenangi MCA dalam pilihan raya umum ke 13 lalu ialah Gurun dan Kulim, tetapi PKR dalam reaksi balas tidak membenakan DAP mengambil dua kawasan itu yang menjadi 'milik' PKR. -
PKR Kedah baru-baru ini juga mengumumkan untuk bertanding 16 DUN di negeri ini iaitu bertambah enam kerusi berbanding PRU lepas. KEdah mempunyai keseluruhan 36 DUN.
Berdasarkan jumlah kerusi yang dicangkan PKR itu, sepatutnya bakal MB Kedah adalah daripada parti itu kerana baki 16 kerusi lagi akan dikongsi oleh PPBM dan PAN sementaradua DUN lain dikuasai DAP.
Misi utama PAN ialah untuk menawan Kedah pada PRU14, kata Mat Sabu sebelum ini..
Misi utama PAN ialah untuk menawan Kedah pada PRU14, kata Mat Sabu sebelum ini..
Manakala PAS pula akan bertanding semua 15 kerusi Parlimen dan semua (36) kerusi DUN. - kedahnews.com
