PAS Nak Ambil 45 Kerusi DUN Selangor, 'Wajib' Tanding Kawasan Azmin, Wan Azizah


'PERANG saraf' antara PAS dan PKR di Selangor bermula dan kerusi yang dimenangi parti Islam itu turut menjadi pertaruhan antara Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

PAS yang menjadi sebagian kerajaan "Pakatan Harapan" di Selangor semalam mengisytiharkan untuk meletakkan calon di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Jika itu yang berlaku, hubungan PAS - PKR di Selangor akan berakhir sebaik Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri  dibubarkan untuk membuka laluan kepada PRU14. Ia juga bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru atau empat penjuru  antara BN, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan. 

Pesuruhjaya PAS Negeri, Sallehen Mukhyi yang mengumumkan bilangan kerusi yang akan ditandingi berkata, mereka juga 'pasti' meletakkan calon di kerusi Bukit Antarabangsa (Gombak) yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azmin dan kerusi Kajang yang kini wakili oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan kemungkinan tiada kerjasama semula di antara parti itu dengan PKR seperti yang digambarkan sebelum ini. 

Bagi kerusi Parlimen kata Sallehen, calon-calon yang mewakili parti itu akan ditentukan oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS.

“Kita juga bersedia bertanding kerusi PKR di Kajang dan Gombak (DUN Bukit Antarabangsa),” ujarnya.

Sebelum ini Pengerusi DAP Selangor Tony Pua pada 30 Oktober 2015 berkata partinya akan meletakkan calon DAP di lapan kawasan pilihan raya yang dimenangi oleh PAS sementara Pengerusi PAN Selangor Izham Hashim pada 31 Disember 2016 memberitahu parti itu bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh PAS

Pada PRU 13, PAS yang bergabung dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP memenangi 15 kerusi DUN, tetapi tiga wakil rakyat parti itu kemdian menyertai  PAN, iaitu serpihan PAS.

Selangor yang memiliki 56 DUN kerajaan negeri kuasa berkongsi kuasa dengan  DAP (15), PKR (14) sementara  BN yang menjadi pembangkang menguasai 12 kerusi  

Kerusi yang dimiliki dandimenangi PAS itu mungkin dialih oleh Pakatan Harapan  kepada PAN dan PPBM pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. - Kedahnewscom.