Pelajar Malaysia Mati Lemas Di Jepun


PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan bahawa seorang pelajar Malaysia telah meninggal dunia akibat lemas di Sungai Arakawa, Saitama, Jepun kelmarin.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, mangsa, Muhammad Amirul Asyraf Abdullah, 22, merupakan pelajar tahun akhir tajaan Yayasan Pelajaran Mara yang sedang menuntut di Universiti Meiji.

"Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo dan Yayasan Pelajaran Mara sedang dalam usaha untuk membawa pulang jenazah mangsa ke Malaysia dalam masa terdekat.

"Kementerian menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada pihak keluarga dan kenalan mangsa di atas pemergian beliau," kata kementerian itu dalam kenyataannya di sini semalam. 

Sumber: Utusan Online