Pelakon Drama Dunia Anita Fail Cerai


KUALA LUMPUR – Pelakon utama drama bersiri Dunia Anita, Siti Fazurina Mohd. Famir hari ini telah menimbulkan sedikit persoalan mengenai status perkahwinannya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Ketika ditemui, pelakon yang lebih dikenali mesra disapa Nina, 35, mengakui telah memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap suaminya, Muhammad Hykal Zulkifli, 36, pada 10 Julai lalu.

“Hari ini sebutan kali pertama di mahkamah tetapi tidak boleh teruskan sebab suami tak dapat datang. Tarikh sebutan akan datang belum ada, mahkamah akan maklumkan kemudian. Untuk hari ini, tiada peguam tetapi tidak tahulah akan datang nanti macam mana,” katanya sambil tersenyum.

Permohonan yang disebut di hadapan Hakim Syarie, Abdullah Zuhdee A.B. Halim difailkan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Bagaimanapun, semakan di mahkamah mendapati pelakon filem Baik Giler itu telah menarik balik permohonan tersebut pada prosi­ding yang berlangsung di kamar hakim hari ini.

Perkahwinan pasa­ngan itu sebelum ini pernah menjadi bahan perbualan selepas mereka me­langsungkan perkahwinan de­ngan berwalikan bapa saudara Siti Fazurina tanpa penge­tahuan keluarga di Masjid Jamek Su­ngai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember 2012. 
Pa­sangan itu telah dinikahkan semula pada 20 Mac 2013 selepas Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut, Pulau Pinang mendapati perkahwinan kali pertama itu tidak sah mengikut hukum syarak.

Ini ekoran tindakan Siti Fazurina memberikan maklumat palsu dengan mengatakan dia anak tunggal dan menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan masih mempunyai dua adik lelaki kandung yang layak untuk menjadi walinya.

Sumber: Utusan Online