Pemain Cedera Nahas Bas, Skuasy Sukan SEA Tunda


KUALA LUMPUR - Acara skuasy Sukan SEA hari ini ditunda susulan beberapa pemain cedera selepas terbabit dalam nahas bas yang mereka naiki. 

Bas yang dalam perjalanan ke Pusat Skuasy Nasional di sini membawa pemain-pemain pasukan Myanmar, Filipina dan Thailand, lapor Star Online. 

Difahamkan beberapa pemain Myanmar mengalami kecederaan dalam nahas bas itu, yang membawa mereka dari lokasi pengingapan di Putrajaya. 

Menurut Twitter Bernama, kemalangan dua bas itu yang membawa 28 penumpang berlaku dekat tol Sungai Besi ketika bergerak ke lebuh raya Kesas.


Acara-acara yang ditunda, sementara mendapat pengesahan kesihatan, adalah beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. 

Beregu campuran asalnya dijadual 2 petang ini, sementara dua lagi acara skuasy itu dijadual 7 malam.

Sumber: Malaymail Online