TINDAKAN seorang pemain ragbi Malaysia naik ke tempat penonton memeluk kedua ibu bapanya sejurus meraih pingat emas Sukan Sea Kuala Lumpur mengundang sebak netizen.
Dalam rakaman yang tular itu, pemain memakai jersi bernombor 10, Muhammad Azwan Zuawairi terus naik ke tempat duduk penonton dan memeluk ibu serta bapanya.
Aksi itu diiringi dengan tepukan gemuruh dari penonton lain yang turut serta menyaksikan perlawanan itu.
Dalam perlawanan itu Malaysia berjaya meraih pingat emas selepas berjaya mengalahkan Singapura pada aksi di Stadium MBPJ Kelana Jaya.
Video berkenaan dimuat naik di laman Twitter @faizfadzil dan sehingga kini telah di retweet 14,393 dan 8,646 likes.
Shahrul yahya @shahrulyahya menulis, "konsep kekeluargaan dan spiritual sangat kuat dalam pasukan. Mereka setiasa berjemaah dan bergilir menjadi imam. Mereka sentiasa reda usaha & tawakal.
"Dia peluk je pon tapi aku nangis, main dengan mak ayah ni kalah, wei kalah," tulis Nisaa @Nisabiy
"Siapala kita tanpa mereka," tulis Azim Fitri pula.
Sumber: Sinar Harian
