GEORGE TOWN - Seorang lelaki terselamat selepas kereta Peugeot 5008 yang dipandunya seorang diri terbakar semasa dalam perjalanan di Kilometer 0.5 Jambatan Pulau Pinang arah pulau di sini siang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu, mangsa lelaki berketurunan India berjaya menyelamat diri sebaik melihat api pada bahagian hadapan keretanya.
Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.40 pagi dan tiba ke situ pada pukul 9.47 pagi.
Menurutnya, operasi pemadaman api yang turut melibatkan bantuan Pasukan Bomba Sukarela yang berdekatan selesai sepenuhnya kira-kira pukul 11.17 pagi tadi.
Sumber: Kosmo