Penyampai RTM, Helan Abu Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Helan Abu, 74, meninggal dunia malam tadi.

Tokoh RTM itu pernah menjadi penyampai radio, pengacara rancangan, pembaca berita, pengarah drama dan hiburan sebelum bersara pada 1998.

Jenazah Helan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara, pagi ini.

Allahyarham sangat terkenal dalam bidang penyiaran dan hiburan sekitar 1970-an hingga 1980-an dan antara program yang melonjakkan nama beliau ialah Bakat TV.

Sumber: BH Online