SEORANG pelajar madrasah tahfiz berusia 14 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan membuat perlakuan seksual fizikal terhadap seorang murid berusia enam tahun 10 bulan tanpa kerelaannya, pada hujung Julai lalu.
Remaja itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A Raof.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja melakukan seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki dengan menyentuh kemaluannya ke dubur mangsa.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah madrasah di Kampung Pandan, pada 6.15 petang, 31 Julai lalu.
Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 13 September ini untuk hukuman dan pendengaran laporan akhlak.
Sumber: MyMetro