Percaya Insiden Bendera Terbalik Tidak Sengaja


TELUK INTAN - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya insiden bandera Indonesia terbalik di dalam buku perasmian Sukan SEA ke-29 adalah tidak disengajakan.

Ahmad Zahid ketika ditanya pemberita memaklumkan bahawa dia berfikir kejadian berkenaan dilakukan tanpa sebarang niat.

"Saya fikir perkara berkenaan tidak disengajakan dan kita harus bersikap terbuka kerana ia dibuat tanpa sebarang niat," katanya pada sidang media selepas Perasmian Persidangan UMNO Teluk Intan, di Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), pagi tadi.

Terdahulu tular di laman sosial mengenai bendera Indonesia yang terbalik di dalam buku perasmian Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur yang berlangsung malam tadi.

Rata-rata netizen terutamanya rakyat Indonesia meluahkan rasa marah dengan kejadian berkenaan.

Sumber: Sinar Online