Perlis Sumbang 140 Ekor Lembu Sempena Hari Raya Aidiladha


ARAU - Kerajaan negeri Perlis memperuntukkan 140 ekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini terutamanya pada 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam Perlis, Datuk Khairi Hasan berkata, 98 ekor lembu telah diagihkan kepada 15 kawasan DUN di negeri itu untuk korban.

"Sementara itu, pejabat dan agensi kerajaan negeri menerima 10 ekor lembu dan jabatan persekutuan jumlah yang sama iaitu 10 ekor lembu.

"Bagi pasukan tentera dan polis akan menerima masing-masing lima ekor lembu," katanya pada Majlis Penyerahan Lembu Korban di Kuaters Veterinar Guar Nangka di sini hari ini.

Sumber: Kosmo