PLUS Nafi Kamera CCTV Ditukar Kepada Kamera AES


KUALA LUMPUR - Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di lorong tol tidak pernah sesekali ditukar fungsinya kepada kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), sebaliknya ia untuk membantu operasi tol di lebuh raya PLUS.

Dalam satu kenyataan semalam, PLUS menjelaskan bahawa setiap lorong tol dilengkapi kamera CCTV untuk membantu operasi transaksi di lorong tol serta memudahkan kakitangan syarikat memberi bantuan ketika pengguna menghadapi masalah.

Katanya, kamera CCTV terbabit tidak digunakan untuk mengesan kesalahan trafik seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatApp sejak kelmarin.

Sumber: MyMetro