PM Najib Terima Jemputan Trump Lawat White House


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Washington DC, Amerika Syarikat pada 12 September depan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan itu adalah atas jemputan Presiden Donald Trump.

Lawatan itu juga diadakan sempena Malaysia dan Amerika menyambut ulangtahun ke-60 hubungan diplomatik.

Hubungan ini dipertingkatkan ke tahap komprehensif di bawah kepimpinan Perdana Menteri.

"Kedua-dua pemimpin dijangka akan membincangkan hal-hal berkepentingan bersama, termasuk keselamatan negara; usaha menentang aktiviti keganasan dan ekstremisme," menurut kenyataan yang dikeluarkan pagi ini.

Hubungan perdagangan dan pelaburan, juga dijangka dibincangkan kedua-dua pemimpin dalam pertemuan itu.

Sumber: Astro Awani