Rakaman CCTV Bebaskan Pelajar Dari Tuduhan Rogol


CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pelajar bebas dakwaan merogol seorang pelajar lain selepas rakaman CCTV membuktikan dia tidak bersalah.

Sebaliknya, rakaman membuktikan 'mangsa' mengajak pelajar berkenaan memasuki bilik dan mengadakan hubungan seks dalam kejadian 1 April itu.

Menurut laporan NY Dailynews, rakaman menunjukkan penuduh, 19, membawa Arman Premjee, 20, ke luar kelab malam di Los Angeles, Banditos Taco & Tequila dan menicumnya.

Selain itu, penuduh membuat isyarat melakukan hubungan seks menggunakan jarinya kepada seorang rakannya yang berdiri di belakang Arman.

Rakaman lain menunjukkan penuduh mendaftarkan nama Arman untuk dibawa masuk ke dalam bilik asrama University of Souther California.

Kesemua bukti berjaya meyakinkan pendakwaraya bahawa hubungan seks tersebut dilakukan dengan izin penuduh dan dia tidak dirogol seperti  didakwa.

Dakwaan terhadap Arman sebelum ini menyebut dia melakukan hubungan seks dengan penuduh tanpa izin kerana dia mabuk dan dianggap merogol.

Laporan tidak menyebut sama ada penuduh yang tidak didedahkan namanya akan didakwa atau tidak kerana membuat laporan rogol palsu.

Sumber: Sinar Harian