KUALA LUMPUR - Ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor Barat dijangka berterusan hingga awal petang ini.
Kenyataan Jabatan Meteorologi berkata, keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj).
Ia juga boleh menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot kecil.
Keadaan sama dijangka turut melanda perairan Phuket dan Selat Melaka.-Bernama