RM45 Juta Bina SMA Seberang Perai Tengah


PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak umum peruntukan RM45 juta untuk pembinaan Sekolah Menengah Agama Seberang Perai Tengah.

Beliau berkata, sudah sampai masanya penduduk Permatang Pauh membuka lembaran baru dan menuju ke arah pembangunan dan kemajuan, bukannya ketinggalan seperti sekarang.

"Saya mahu tuan puan fikir baik-baik kerana setelah sekian lama, Permatang Pauh seperti sudah terhenti pembangunan dan tidak banyak pembaharuan.

"Tidak tahu apa peranan Ahli Parlimen di sini sedangkan dalam politik kita tidak mahu hanya simbol sahaja, tetapi wakil rakyat yang boleh berkhidmat kepada rakyat.

"Kita mahu supaya kehidupan kita lebih selesa, hari ini lebih baik dari semalam dan setiap hari semakin baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat/Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Permatang Pauh di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, semalam.

Majlis berkenaan turut mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) iaitu Makan Bersila Bersama PM dengan mencatatkan 21,380 peserta.

Sumber: MyMetro