Rumah Warga Emas Bedong, Kedah Diraikan Dengan Khidmat Kesihatan


ALOR SETAR -  Karnival Kesihatan Mega Warga Emas sangat berbesar hati untuk meraikan seramai 250 warga emas Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah.

Program kali kedua yang dianjurkan oleh Malaysia Relief Agency (MRA) itu menawarkan khidmat kesihatan percuma menerusi Karnival Kesihatan Mega Warga Emas.

Program yang berlangsung pada Sabtu lalu itu turut mendapat kerjasama daripada 340 sukarelawan daripada pelbagai organisasi termasuk 30 doktor dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan klinik swasta.

Jelasnya lagi, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti klinik bergerak, pemberian ubat-ubatan, ceramah, pameran kesihatan, memotong rambut, gotong royong membersih premis dan lain-lain.

Bagi perkhidmatan klinik bergerak ianya terbahagi kepada dua kaedah iaitu lawatan pesakit terlantar di asrama dan beroperasi di dewan bagi warga emas yang berupaya untuk berjalan.

"Kami membekalkan ubat-ubatan yang sama digunakan di hospital bagi pesakit darah tinggi, kencing manis, masalah penglihatan dan lain-lain.

"Terdapat juga beberapa kes yang dikesan terpaksa dirujuk kepada pakar di hospital kerana memerlukan rawatan susulan," katanya.

Difahamkan bahawa Rumah Seri Kenangan tersebut dipilih untuk disalurkan perkhidmatan kerana  tiada doktor ditempatkan untuk memantau kesihatan penghuninya.

Sekiranya orang ramai mahu menghulurkan bantuan maka mereka boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun 5520 5969 7628 (Maybank) atas nama Malaysian Relief Agency. - Kedahnews.com