Hanya kerana hendak bersenang lenang tanpa gangguan, sepasang suami isteri telah mengurung anak mereka di dalam almari awam ketika mereka sedang mandi di kolam renang.
Menurut sebuah laman web, perkara itu disedari oleh seorang pekerja di kolam renang awam itu selepas dia membantu pasangan berkenaan membuka pintu almari.
Sebaik pintu dibuka, alangkah terkejutnya dia melihat seorang kanak-kanak berada di dalamnya.
Bagaimanapun tidak diketahui berapa lama kanak-kanak tersebut dikurung di dalam awam terbabit.
Ketika dikeluarkan, kanak-kanak tersebut menangis namun tiada tanda-tanda menunjukkan dia mengalami sesak nafas atau lemas.
Selepas video berkenaan dimuatnaik di media sosial, orang ramai mengecam pasangan itu yang disifatkan sebagai pentingkan diri dan tidak bertanggungjawab.
Ada juga bimbang kanak-kanak terbabit akan mengalami ketakutan dan fobia pada masa depan dek tingkah laku gila ibu dan bapanya. – Kedahnews.com