MELAKA – Seorang anggota polis berpangkat sarjan dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan menerima rasuah bernilai RM1,500 untuk melupuskan bahan bukti narkotik tahun lalu.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhammad Firdaus Sulaiman, 29, menukar pengakuan kepada bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.
Meor Sulaiman mengarahkan hukuman penjara bermula semalam dan tambahan tiga bulan lagi penjara sekiranya tertuduh gagal membayar denda. Muhammad Firdaus membayar denda tersebut.
Sumber: Metro