Selebriti Wak Doyok akui dirinya tidak mempunyai bakat untuk menjadi seorang pelakon.
"Semenjak tahun 2013, saya sering berjumpa dengan Datuk Yusof Haslam dan dia selalu menyampaikan hasrat untuk menyunting saya berlakon.
"Saya katakan kepada Datuk Yusof, saya orang fesyen dan tak tahu berlakon. Saya tidak mempunyai bakat sebagai pelakon.
"Akhirnya, pada tahun 2015, saya berjumpa dengan Syafiq Yusof dan berbincang mengenai tawaran untuk berlakon dalam Abang Long Fadil 2.
"Akhirnya, saya bersetuju mengambil tawaran ini dan menganggap ini sebagai cabaran baru," kata Wak Doyok kepada Astro Gempak.
Tambah Wak Doyok, Datuk Yusof mahu menggandingkan dirinya bersama A. Galak.
"Datuk Yusof mahu menggandingkan saya dengan pelakon otai, A. Galak. Semuanya kerana misai kami yang serupa.
"Saya bertuah kerana dapat bekerja dengan orang-orang yang berpengalaman. Alhamdulillah, pengalaman ini sangat berharga dan saya rasa sangat bersyukur," katanya lagi.
Jangan lupa saksikan Abang Long Fadil 2 yang dibintangi oleh Zizan Razak, Syamsul Yusof, Shuib Sepahtu, Datuk AC Mizal, Achey, Tania Hudson, Wak Doyok, A. Galak dan ramai lagi.
Filem kerjasama pertama Skop Production dan Astro Shaw ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 24 Ogos 2017.
Sumber: Astro Awani