Serina, Suami Sah Bercerai Talak Satu


PETALING JAYA - Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan sah bercerai talak satu dengan suaminya, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahuddin Ghaffar di Mahkamah Rendah Syariah, di sini hari ini.

Talak satu itu dilafazkan oleh Salahuddin, 40, pada pukul 10.49 pagi di hadapan Hakim Syarie, Nurul Hidayah Jani selepas mahkamah membenarkan permohonan yang difailkan anak selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu.

Serina, 34, dan Salahuddin bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 6, serta Isabella Saffiya, 5. 

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis lalu telah memberikan hak jagaan kekal dua anak mereka kepada Salahudin berdasarkan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama. 

Sumber: Utusan Online