Siti Sarah Berang Dituduh Potong Usus Untuk Kurus


PENYANYI Siti Sarah berang apabila dituduh memotong usus untuk kurus.

Sarah menerusi sebuah entri di Instagramnya berkata, tuduhan tersebut tidak berasas dan menganggap ia fitnah.

"Subhanallah bilalah orang Melayu nak berjaya? Bila produk saya laris di pasaran, macam-macam tomahan saya dapat.

"Kali ni saya tak boleh berdiam diri. Biadap sungguh orang yang fitnah saya.

"Kenapa perlu saya potong usus untuk menipu orang? Saya dapat turunkan berat badan saya hanya mengamalkan produk saya.

"Banyak org yang berjaya turunkan berat badan dengan @monstalabhq. Jangan tipu orang hanya kerana awak nak jual barang awak.

"Awak fitnah saya. Kalau tak disini awak dapat balasan di sana awak jawab," tulisnya di Instagram.

Isteri kepada Shuib Sepahtu itu berang selepas sebuah blog melaporkan berita mendakwa, dia kini kurus hasil memotong usus.

Dia kemudiannya memuat naik 'sreenshot' tersebut di IG.

Sarah dan Shuib dikurniakan tiga orang anak Uwais Al-Qarni, 6, Zakira Talita Zahra , 3, Ariq Matin, 1 tahun.

Sumber: Astro Awani