MALAYSIA memulakan langkah panjang pada temasya Sukan SEA apabila mengumpul tujuh pingat emas, empat perak dan tiga gangsa dengan jumlah 14 pingat, sekaligus mendahului negara serantau yang lain setakat pukul 2 petang ini (Jumaat)
Dua jaguh memanah negara, Mohd. Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh turut mempamerkan aksi cemerlang apabila menghadiahkan emas ke-7 kepada Malaysia di dalam acara compound berpasukan campuran dengan menumpaskan pasangan dari Myanmar denga kiraan mata 152-142.
Emas diraih dalam aksi yang berlangsung di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil itu juga merupakan emas ketujuh buat Malaysia dan juga emas ketiga negara yang disumbangkan daripada acara memanah.
Kedua-dua Mohd. Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah semalam juga semalam telah menyumbangkan emas kepada Malaysia masing-masing menerusi acara berpasukan compound lelaki dan wanita.
Sementara dua perenang negara, Kevin Yeap Soon Choy dan Heidi Gan menyumbang pingat emas kelima dan keenam untuk Malaysia masing-masing dalam acara renang terbuka 10 kilometer (km) kategori lelaki serta wanita berlangsung di Kompleks Sukan Air Presint 6 di sini hari ini.
Soon Choy berjaya mengatasi sembilan perenang yang mengambil bahagian dalam kategori lelaki manakala Heidi pula berada di tempat pertama dalam kalangan 10 peserta wanita.-
Misi tuan rumah Malaysia untuk merampas gelaran juara keseluruhan Sukan SEA ke-29 (KL2017) bermula awal apabila menggilap emas pertama dalam acara chinlone berangkai dan pingat perak menerusi pemanah negara, Rabu lalu.- Kedahnews.com