Telur Tercemar Dikesan Di Korea Selatan


SEOUL - Telur yang dicemari dengan racun serangga berbahaya fipronil dikesan di kilang pengeluaran di Korea Selatan, lapor pegawai kerajaan.

Kementerian Pertanian Korea Selatan mengesahkan telur dari kawasan ladang di timur Seoul mengandungi bahan kimia berbahaya tersebut namun tidak menjelaskan angka sebenar telur yang terjejas dan jumlah yang sudah berada di pasaran.

Agensi berita Yonhap melaporkan, kementerian itu telah mengarahkan pengeluaran telur di Korea Selatan dihentikan serta merta sehingga semua ladang diuji.

Jutaan biji telur telahpun dikeluarkan daripada rak pasar raya di seluruh Eropah dengan berpuluh-puluh ladang ternakan ditutup sejak penemuan bahan kimia fipronil yang boleh menjejaskan kesihatan manusia didedahkan kepada awam pada 1 Ogos lalu. - DPA