Tidak Liwat Anak Kecuali Tiga Hari Sebelum Ramadan


PUTRAJAYA - Tiga kali setiap hari kecuali tiga hari sebelum Ramadan, seorang ejen unit amanah didakwa melakukan liwat terhadap anaknya berusia 15 tahun, sejak Januari lalu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu bermula 1 Januari sehingga 20 Julai lepas di bilik utama rumahnya di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor.

Bapa kepada tiga anak perempuan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak atas keseluruhan 594 pertuduhan liwat yang dikemukakan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 444 pertuduhan dibacakan hari ini selama tiga jam bermula 9.10 pagi.

150 pertuduhan telah dikemukakan pada prosiding semalam.

Bagi kesalahan liwat, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Selain liwat, dia juga menghadapi 30 pertuduhan amang seksual fizikal, sumbang mahram dan penganiayaan seksual terhadap mangsa sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin dan Nordalina Ali di hadapan Hakim, Yong Zarida Sazali. 

Sumber: Sinar Online