Tragedi Memali 1985, Presiden PAS Sedia Disiasat


KUALA LUMPUR  - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan beliau sedia disiasat pihak berkuasa berhubung tragedi keganasan yang membawa kepada pertumpahan darah di Memali pada 1985.

Abdul Hadi berkata, dakwaan bahawa amanat yang disampaikan beliau 36 tahun lalu menyumbang kepada ber­­­­­lakunya tragedi di sebu­ah kampung yang terletak di Baling, Kedah itu sebagai tidak berasas kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan atau tuduhan dikenakan terhadapnya.

Sebaliknya dakwa beliau, ramai pihak yang datang ber­­jumpa untuk meminta ma­af daripadanya selepas men­dengar amanat tersebut.

“Saya tak ada masalah, kalau nak siasat balik pun tak apa. Buka balik kaset saya.
“Yang menariknya mereka yang dengar kaset ini banyak yang datang minta maaf pada saya. Bukan seorang dua,” katanya dalam ceramah di Kuala Terengganu seperti dipetik portal Malaysiakini semalam

Abdul Hadi mengakui bahawa ketika amanat tersebut tersebar, ada pihak-pihak tertentu mahu beliau dikenakan tindakan.

Namun begitu tegasnya, amanat berkenaan adalah petikan daripada ucapan panjang beliau yang sepatutnya didengar secara keseluruhan untuk mendapatkan konteks sebenar.

Ramai pihak termasuk pemimpin PAS mahu siasatan diraja diadakan bagi menyiasat punca tragedi berdarah itu. Bagaiamanapun waris mangsa tidak mahu kejadian itu diungkit lagi kejadian itu tetapi mahukan pembelaan.

Kejadian itu berlaku semasa pentadbiran negara di bawah  Tun Dr. Mahathir Mohamad dan  seramai 14  orang terkorban termasuk empat anggota polis. - Kedahnews.com