KUALA LUMPUR - Apabila semangat mengatasi kemampuan, tiada yang boleh menjadi penghalang.
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, BH menerbitkan drama pendek 'Tudung Merah Mak Som' yang dimuat naik menerusi akaun laman sosial Facebook dan YouTube rasminya.
Dengan tenaga produksi dijayakan sepenuhnya oleh warga kerja Editorial BH, penggambaran yang dilakukan di Beranang itu menyuntik elemen komedi namun tetap sarat dengan mesej menghayati kemerdekaan.
Video berdurasi lima minit itu dimuat naik mulai jam 12 tengah malam semalam dan sudah ditonton lebih oleh lebih 158,000 kali setakat jam 9 pagi hari ini.
Drama berkisar mengenai seorang kanak-kanak bernama Haikal yang berhasrat mendapatkan Jalur Gemilang seperti rakannya untuk digantung di rumah bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.
Bagaimanapun, Haikal kecewa apabila bapanya, Sarip, bersikap acuh tidak acuh terhadap permintaan itu.
Pada masa sama, jiran dua beranak itu, Som, melenting apabila tudung di ampaiannya kerap hilang dan mengesyaki Sarip sebagai dalangnya kerana sering dilihat lalu-lalang di kawasan rumahnya.
Apa sebenarnya berlaku kepada tudung Som? Benarkah Sarip yang mencurinya?
Untuk mengetahui kesudahan drama berkenaan, layari https://www.facebook.com/bhonline.
Sumber: BH Online