Tunku Tun Aminah Khatam Al-Quran


JOHOR BAHRU – Pu­teri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim memperdengarkan bacaan surah lazim sempena Majlis Khatam al-Quran di Istana Bukit Serene di sini semalam.

Tunku Tun Aminah, 31, dite­mani bondanya, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang berkenan berangkat pada majlis berkenaan bagi memohon keberkatan perkahwinan diraja puteri tunggal baginda.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, kerabat diraja Perak serta isteri-isteri pegawai da­erah negeri Johor.

Majlis Khatam al-Quran itu diiringi guru agama Tunku Tun Aminah, Raimah Kemat yang kemudiannya mengetuai bacaan doa pada akhir majlis.

Majlis berkenaan dikongsi pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga diraja Johor, Royal­ Press Office sempena persediaan istiadat perkahwinan di­raja Tunku Tun Aminah bersama bakal suaminya, Dennis Muhammad Abdullah, 28, hari ini.

Sumber: Kosmo