SHAH ALAM - Solat sunat Aidiladha di seluruh negeri Selangor pada Jumaat ini ditetapkan pada pukul 8.15 pagi.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, penetapan masa itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan kepada jemaah selain memastikan waktu solat sunat itu dapat diseragamkan di seluruh masjid di Selangor.
"Melalui penetapan ini, diharap sedikit sebanyak memberi ruang dan masa yang cukup untuk umat Islam hadir ke masjid sebelum solat sunat Aidiladha didirikan.
"Selain itu, kita ingin mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya menjaga adab masing-masing selain memastikan ibadah korban yang dilakukan mendapat rahmat daripada Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini semalam.
Sumber: Kosmo