Wanita Maut, Kereta Toyota Vios Dinaiki Terbakar


BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki terbabas lalu terbakar di Jalan Lama Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini pagi tadi.

Dalam insiden kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa yang berketurunan Cina itu dilaporkan mati di tempat kejadian akibat sebahagian badannya melecur dan terbakar.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan telefon berhubung kejadian berlaku pada pukul 2.05 pagi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

Kebakaran melibatkan sebuah kereta Toyota Vios yang terbabas di bahu jalan lalu terbakar sebanyak 80 peratus.

Terdapat seorang mangsa terperangkap di bahagian kerusi penumpang belakang dan badannya terbakar 40 peratus.

Sumber: Kosmo