12 Monyet Mati Akibat Diserang Sakit Jantung Tengok Harimau


NEW DELHI - INDIA. Gara-gara terlalu takut dan terkejut dengan harimau, 12 ekor monyet ditemui mati di sebuah hutan di India akibat serangan jantung serentak.

"Laporan bedah siasat mengesahkan kesemua mamalia itu mati akibat serangan jantung. Ia mungkin terkejut dengan kehadiran harimau yang sering melintasi kawasan tersebut," menurut doktor haiwan, Dr Sanjeev Kumar.

Bagaimanapun, pakar hidupan liar menolak punca kematian itu dan percaya haiwan tersebut mati kerana dijangkiti penyakit. 

Sumber: Sinar Harian